Posted by Al-Saachez | Filed under Get A Life!

Mula2 aku ingat nak buat review pasai Inception tapi kalau dipikirkan balik, dah ramai kot yang review dan cakap filem ni baguih. Bagi aku, aku memang minat filem2 yang buatkan orang menggunakan pala otak dan pada masa yang sama buatkan orang keep intact to the story kalau takmau confuse with the plots pada hari muka. Jadi baik aku cerita sedikit sebanyak tentang apa yang aku paham pasai filem ni, dan how Chris Nolan punya subliminal message ada kaitan dengan today’s society.

Inception tak lain tak bukan sebuah filem yang menggambarkan suatu masa di mana manusia dapat memasuki mimpi orang lain dengan pelbagai niat. Salah satunya ialah mengorek rahsia peribadi seseorang itu ketika dia bermimpi dengan berinteraksi dengan minda subconciousnya. Dalam filem ni jugak digambarkan bahawasanya mimpi manusia amat unik sehinggakan manusia tidak sedar bahawa sebenarnya mereka sedang bermimpi, tetapi ada juga yang sedar mereka bermimpi, ini digelar sebagai lucid dreams.
Aku nak bawak hampa kepada konsep asas dalam filem ni.
1) Manusia tak buleh ingat bagaimana mimpi mereka bermula melainkan sebenarnya mimpi mereka tu dah berada di pertengahan sebuah cerita
2) Mimpi boleh melawan hukum fizik menurut tuan punya mimpi itu sendiri tanpa menyebabkan sebarang gangguan terhadap projeksi minda subconciousnya.
3) Barang siapa yang melakukan perkara asing yang mampu menggugat kesedaran subjek maka minda subconcious akan menyerang mereka ini.
4) Membunuh diri di dalam mimpi akan menyebabkan orang terjaga kecuali orang tersebut diberi sedatif yang agak kuat, membunuh diri atau terbunuh akan menyebabkan orang tersebut akan memasuki ruang limbo dalam mindanya.
5) Melakukan pengasasan bukannya suatu yang mustahil tetapi susah kerana satu2nya cara untuk meyakinkan subjek supaya menerima idea ialah melalui subliminal messaging.
Dalam 5 konsep ini, Chris Nolan cuba membawa penonton kepada refleksi keadaan realiti yang sedang berlaku dalam dunia sekarang. Bayangkan, yang mimpi itu dunia sebenar, subjek merupakan golongan elit dan projeksi minda subconscious ialah sistem yang membelenggu manusia.
Konsep pertama, refleksi ini lebih kepada bagaimana sistem tu bermula. Bagaimana golongan elit memasukkan sistem ini secara tersembunyi sehinggakan orang ramai tidak sedar dan mula berasimilasi dengan sistem ni. Contohnya, macam mana British buat orang Melayu buleh terima kaedah pemerintahan Barat secara berdemokrasi walaupun kuasa Raja2 dihadkan kepada beberapa perkara saja. Depa ni pandai, depa kuasai melalui pendidikan. Orang2 susah depa bagi belajar takat sekolah rendah, supaya jadi petani yang bodo taktau apa. Orang2 kaya depa saja bagi pandai, bagi sampai belajar kat luar negara tapi akhirnya terikat dengan sistem pendidikan British yang mengagung2kan Barat. Maka hasilnya tak banyak tentangan dari orang tempatan kecuali orang2 yang sedar dari mimpi.
Konsep kedua, dari sistem yang diestablish oleh golongan elit ni, segala bagai hukum hakam yang pernah wujud yang tak selaras dengan matlamat depa akan dihapuskan atau dihadkan kekuasaannya. Contohnya macam mana golongan Gereja masa Zaman Gelap kat Eropah cuba menyekat perkembangan sains oleh saintis2 hanya sebab benda2 tu tak disebut dalam Bible. Bengong.
Konsep ketiga, orang atau hamba perlu hidup berlandaskan sistem. Sesiapa yang cuba menentang arus ini akan diklasifikasikan sebagai kegagalan atau akan diserang. Basically, yang ni perlukan lagi panjang huraian. tapi contoh terdekat ialah situasi sapa pandai sapa bodo. Orang2 yang pandai gila dalam exam tak semestinya dia pandai betoi2. Depa ni diajar untuk pandai hapai benda2 yang ada dalam buku. Bila time exam, muntah balik segala mak nenek yang depa hapai. Maka wujudlah generasi kepala buku. Bagi orang yang takmau hapai, depa ni digelar bodo sebab depa takmau ikut sistem yang ditetapkan. Cubaan untuk menentang idea di dalam buku teks ataupon cuba berfikir untuk setuju akan dihalang sepenuhnya oleh sistem dengan meletakkan mereka di kelas2 pemulihan atau dikelaskan sebagai malaun, penyangak, bangang dan cuba tunjuk pandai.
Aku rasa cukup la cerita takat tiga konsep sebab orang kita bukannya rajin nak baca. Baca buku sikit pon dah mengantuk. Lepas tu bajet dok tunjuk pandai alim tahap gaban bila nak kondem orang pakai ilmu agama dia yang kutip dari buku teks tingkatan lima saja padahai dia pon dua kali lima. Aku cukup benci berdebat dengan orang2 lagu ni. Macam tok aku kata, berdebat dengan orang bodo memang benda bodo. Tapi kalau tak berdebat dengan depa lagu mana nak buat depa tak jadi bodo. Takkan nak biaq depa ni jadi bodo selamanya? Sebab orang kata bodo ni berjangkit, sebab orang2 lagu ni suka pengaruhi orang2 lain. Dan orang2 yang selalu kena pengaruh depa ni pon sama jugak simptom, cuma tak drastik sangat la. Haih penin aih cerita benda2 lagu ni.
Permalink |
|
Jul 30, 2010
Leave a Reply