Posted by Al-Saachez | Filed under Get A Life!

sejak kecik lagi, aku diajar untuk melihat sekolah sebagai satu kewajipan bagiku setiap hari kecuali hujung minggu dan cuti sekolah semenjak aku berumur 7 tahun. ponteng tanpa sebab amat tidak digalakkan kerana itu akan meninggalkan tinta2 hitam di dalam rekod disiplinku. aku juga diajar untuk terus belajar di sekolah supaya berjaya dalam peperiksaan dan dapat memasuki universiti. setelah itu aku disemai dengan cita2 berupa sebuah pekerjaan yang ada kaitan dengan kursus yang aku pelajari semasa di universiti dan pekerjaan itu mestilah berdasarkan pasaran kerja semasa. selepas itu aku ditanam dengan perasaan untuk mengejar duit melalui bekerja supaya dapat hidup mewah seperti dato2 korupt dalam drama2 swasta melayu yang ditonton oleh makcik2 average tatkala petang menjelma sambil mencicah pisang goreng di dalam cawan terisi kopi pekat.
ini adalah inception. inception yang dilaksanakan oleh bapak dan ibuku sejak aku kecil lagi. inception yang berupa ini diharapkan mereka supaya aku dapat melaksanakan impian mereka agar mereka juga dapat berkongsi kekayaan bersama2 aku di hari kelak. aku akur sahaja kerana ketika itu aku masih kecil, aku tidak mampu berfikir sekomplikated sekarang. bahkan aku dulu percaya bahawa power rangers, ultraman, kamen rider, barney the purple dinousaur masih wujud dan akan muncul tatkala raksasa timbul ketika aku sedang bermain role playing dragon ball bersama jiran belakang rumah tok aku.
tapi apabila aku fikirkan kembali, adakah segala ilmu yang aku kecapi sejak aku timbul di dunia ini sehingga sekarang ini nilainya sekadar untuk meloloskan diri terikat dengan nasib yang dialami oleh insan2 dewasa yang sudah bekerjaya dengan hutang di keliling pinggang? adakah nawaitu ini yang perlu aku sematkan sampai mati? belajar sekadar untuk memperoleh kerja? adakah kekayaan dapat menjamin kebahagiaan?
kenapa tidak belajar untuk memperoleh ilmu sahaja? kerana itu akan diselar oleh orang tua2. mereka akan katakan itu hanyalah sia2, menghabiskan wang dan masa mengejar ilmu yang tidak berkesudahan. akhirnya menjadi tua tanpa sebarang pekerjaan tetap. itulah mentaliti masyarakat. orang yang mengejar ilmu sehingga usianya separuh abad diselar sebagai bodoh, manakala manusia yang mengejar ilmu hanya untuk bekerja dan diperhambakan oleh sistem kapitalis digelar sebagai cerdik pandai.
maka manusia bagaikan robot yang diprogram hanya untuk bekerja sampai mati tanpa sebarang tujuan hidup yang lain. barang siapa yang tidak bekerja maka dia tidak akan memperoleh duit dengan cara yang disahkan oleh sistem itu sendiri. barang siapa yang berbuat tambahan ketika berkerjaya seperti menyertai persatuan yang tidak mendapat kelulusan sistem akan diselar sebagai pengkhianat sistem. maka dengan itu manusia tidak mempunyai masa untuk mengecapi maksud sebenar matlamat hidup.
konklusinya, lahirlan generasi robot bertopeng manusia. manusia yang matlamat hidupnya mengejar kemewahan duniawi tanpa mempedulikan sebarang benda lain yang dianggap menganggu matlamat hidupnya. manusia yang hidupnya tidak ubah seperti hamba abdi. hamba abdi bukan kepada Tuhan, tetapi hamba abdi kepada sistem yang dicipta oleh manusia sendiri. lol
Permalink |
|
Jul 28, 2010
Leave a Reply
July 29th, 2010 at 9:20 am
then tell me when will we be on a journey to discover ourselves?
[Reply]
Al-Saachez reply on July 29, 2010 12:54 pm:
that i cannot tell you because in order to discover yourself, you need to discover the journey. in order to discover the journey, you need to enlighten yourself away from the system. but then, will you bear the burden of being call the traitor of the system?
[Reply]