Sudah Ku Katakan Sudah Lah Ia
Posted by Al-Saachez | Filed under Get A Life!
Aku sudah malas mau layan beliau. Aku dah xlarat nak buat psikoanalisis. Bagaikan aku ini mengejar sang penjenayah yg berlindung di sebalik sebuah hijab yg besar. Aku pulak sang penguatkuasa yg terpinga2 dgn tindakan sang penjenayah yg membuntukan segala kemajuan akal utk meramalkan dan menterjemah segala tindak tanduknya.
Sudah! Ini sudah cukup. Aku sudah muak dan jemu berhadapan dgn benda2 seperti ini. Benarkan aku utk pulang ke kehidupan ku seperti biasa. Aku tidak perlukan kamu lagi. Karena kamu beranggapan aku hanyalah alatan utk memuaskan keinginan duniawi mu.
Sudah! Ini adalah titik noktah bagi ku. Tiada lagi kamu dalam diriku dan semoga tiada lagi aku dalam diri mu. Dan jangan kau terpinga2 mencari aku selepas ini karena tiada lagi esok buat mu. Kamu bagaikan salah satu baris dalam esei lipatan sejarah. Dan aku berharap sangat dapat mencari pemadam yg dapat memadam kamu dari memori ku.
Sekian sahaja dari ku, sang pencari kebenaran yg hakiki dalam kehidupan duniawi yg penuh ilusi fatamorgana ini.

December 27th, 2009 at 9:31 pm
bagoz.. just focus on your study.. education first..
[Reply]
IXA reply on December 29, 2009 6:16 pm:
ya saya
[Reply]